SMK Bawong

Kempen ini memberi peluang anda melakukan pembelian yang akan disedekahkan kepada SMK Bawong, Sg Siput di mana ianya merupakan sebuah sekolah menengah berasrama yang pertama di Malaysia untuk pelajar-pelajar Orang Asli. Terdapat lebih kurang 400 pelajar Orang Asli di sini dari umur 13 hingga 15. Seramai 223 pelajar perempuan dan 154 pelajar lela...

Kempen ini memberi peluang anda melakukan pembelian yang akan disedekahkan kepada SMK Bawong, Sg Siput di mana ianya merupakan sebuah sekolah menengah berasrama yang pertama di Malaysia untuk pelajar-pelajar Orang Asli. Terdapat lebih kurang 400 pelajar Orang Asli di sini dari umur 13 hingga 15. Seramai 223 pelajar perempuan dan 154 pelajar lelaki menginap di asrama dan rata-rata tahap kebersihan diri mereka kebanyakannya sangat terabai.

Kebersihan anak-anak di sini ditahap tidak memuaskan kerana tahap kemiskinan mereka yang tinggi. Kebanyakan mereka

1. tidak mempunyai sabun mandi, syampu, berus gigi dan ubat gigi.

2. Tidak mempunyai sabun basuh pakaian (detergent) dan hanya menggunakan air sahaja utk mencuci pakaian.

3. Tidak mempunyai pakaian sekolah dan harian yg mencukupi maka ada yg memakai baju yang sama berhari-hari dan berkali-kali tanpa basuhan.

4. Tidak mempunyai pakaian dalam yang sesuai. (Penting terutama utk pelajar perempuan). Samada terlalu ketat, koyak longgar dan ada yg tiada pakaian dalam langsung.

5. Tidak mempunyai selipar utk kegunaan harian. Ramai yg menggunakan kasut sekolah sepanjang masa.


Nota : Walaupun anda mengisi alamat diruang delivery, belian anda akan dihantar terus kepada penerima manfaat iaitu pelajar SMK Bawong Sg Siput.

More

SMK Bawong There are no products in this category.